Sumber: Ohbulan.com
Kebanyakan
wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa,
terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam
syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk
kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan
mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita
bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun
sibuk dengan rutin seharian di pejabat.
Terdapat banyak khasiat dalam amalan
mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit.
Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih
gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat
khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik
yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.
Jadi di sini, OHBULAN! ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah.
- Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh menggunakan sama ada susu tepung, mahupun susu cair.
- Campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
- Panaskan selama 5 hingga 10 minit.
- Campurkan dengan sedikit air suam.
- Berendam selama 20 hingga 30 minit.
Sebaiknya, sebelum berendam dengan
mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu
bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua
kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment