Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

~ Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A? Encik A : Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank. Kaunselor : Ister pula? Encik A : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor :  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik A : Isteri yang sediakan sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan? Encik A :  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor :  Anak-anak encik A ke sekolah bagaimana? Encik A : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa? Encik A :  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tidak bekerja. Kaunselor :  Petang hari selepas Encik A balik rumah, apa yang Encik A lakukan? Encik A :  Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor :  Apa Isteri buat? Encik A :  Sediakan makanan, mel