Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

~ Kerana ADAM Adalah Pembela HAWA ~

Articles by: iluvislam.com Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong. Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak. Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo. Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek. Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri? Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah? Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah? Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?Atau.. Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah? Ini kah calon mu wahai Adam? Ketahui ini wahai Adam, Sungguhnya, perempuan itu manja. Suka dibelai. Suka dikasih. Namun, Adam.Tahu apa erti batas pergaulan? Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek. Kerana, Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu. Bahawa perempuan itu membantu

~ KITA ADALAH KITA YANG SEKARANG ~

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal, HANYA berubah apabila TERPAKSA!" Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal. SHY 2822