Thursday, March 15, 2012

~ Kerana ADAM Adalah Pembela HAWA ~

Articles by: iluvislam.com


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.

Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?

Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?

Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?

Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?Atau..

Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon

tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?

Ini kah calon mu wahai Adam?


Ketahui ini wahai Adam,

Sungguhnya, perempuan itu manja.

Suka dibelai.

Suka dikasih.

Namun, Adam.Tahu apa erti batas pergaulan?

Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,

Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.

Bahawa perempuan itu membantu kamu.

Menghindar dari dosa.

Menjauh dari kehinaan.

Kerana perempuan itu fitnah dunia.

Perempuan itu fitnah bagi kamu.


Adam,Perempuan ini insan yang lemah.

Jangan kau cemar imannya.

Jangan kau rosakkan mujahadahnya.

Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.

Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.

Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.


Adam,

Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.

Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.

Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.

Ibu kepada bakal pejuang agama.

Doa buat mereka.

Doa buat dirimu.

Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
.................................


"Kerana Adam adalah pembela Hawa"


sHy 2822

~ KITA ADALAH KITA YANG SEKARANG ~

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal, HANYA berubah apabila TERPAKSA!"



Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.


SHY 2822

Wednesday, February 8, 2012

~ Quote of d day ~



There is a crucial lesson in this verse: that there is only one handhold that never breaks. There is only one place where we can lay our dependencies. There is only one relationship that should define our self-worth and only one source from which to seek our ultimate happiness, fulfillment, and security. That place is Allah SWT The AlMighty.

~ why do people have to leave each other ~

i wud like to share dis article http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/character/why-do-people-have-to-leave-each-other/ wif anybody who walk in to my blog..... nothing much to say but this article is very nice n great article...the writer make me think n recall of wut i've done for whole of my life (28 years).....i've read wif tears.... it has been 5 years i left my university's life n entering this new challenging world (working life) n i admit dat i've slowly forget d practice dat i done everyday rite aftr solat ......at 1 time b4, i miss d moment....i've try to practice it back but......as ol of us noe when a person trying to do something good deeds there must b a lot of 'red devil' will 'disturb'...... but its come back to ur own heart....until now i miss d moment.....me cannot pin pont at d working life as the main cause....its about myself...smoga Allah SWT mendengar doaku dan 'menarikku' rapat semula dengan NYa ....Amin...... disaat kte dekat dengan Allah SWT, saya akui diri ini sngt tenang dan bahagia selalu wlupun dugaan dtng menimpa...... wallahu'alam....



*menulis dgn perasan yg sedih dan sebak*










sHy 2822

Tuesday, December 20, 2011

~Hargailah dan sayangilah kedua ibu bapa kita ~

Artikel: iluvislam.com


Untuk peringatan buat diri sendiri, adik beradikku dan rakan2.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika.


Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu bapa di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bayangkan kasih seorang ibu bapa, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur? Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu bapa pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu bapa kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.
Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.
Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut.
Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu bapa itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu bapa adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga.
Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu bapa yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit , suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.

Apapun kelemahan ibu bapa, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun. Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri.
Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu bapa pada setiap waktu.
Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya.
Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah.
Satu hari ketika out-station di Perak, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah.
Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya?
Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.
Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.
Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.
Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.
Setelah diberi kefahaman ini, saya terbayangkan pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan adik-adik sebagai ibu tunggal.
Setiap petang apabila ibu saya pulang dari kerja, walaupun keletihan, ibu akan terus ke dapur untuk memasakkan kami makanan.
Saya masih dapat melihat keletihan ibu ketika itu dan masih dapat membayangkan keletihannya menguruskan kami.
Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu bapa tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya.
Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu bapa kita.

Sekiranya ibu bapa kita masih ada bersyukurlah kerana hanya ibu bapa akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah. Sekiranya ibu bapa kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.


sHy2822

Tuesday, December 13, 2011

~ PENYUCIAN HATI DAN JIWA ~

Selawat ke atas Nabi Muhamad SAW......


YaAllah Ya Tuhanku, tolong lindungiku dari sifat berputus asa, ajari daku untuk selalu bersabar, ajari daku untuk mendidik jiwa ini yaAllah.... Aku ingin punya hati yang tenang, hati yang tidak merasa sakit di atas ujianMu, hati yang tidak terguris dengan mainan takdir yang selalu menguji.... YaAllah, ku serahkan segala penggantungan dan pengharapanku hanya kepadaMu... Hanya Engkau yang menjadi saksi pada segala yang terjadi.... daku meminta pertolongan hanya daripaMu YaAllah, kerana Engkau yang sebaik-baik penolong... tidak berdaya aku memikul sendirian...hanya rahmat dan kasih sayangmu yang mampu meringankan derita ini... Tunjukkanlah jalanMu YaAllah... Sesungguhnya Engkau yang memakbulkan doa hambaMu...Amin....


shy 2822

Thursday, December 8, 2011

~ m0vee review ~

Selepas 7 bulan Nur Kasih The Movie (NKTM) ditayangkan....baru arini berkesempatan dpt tgk dr awal smpi abis.....time raya tayang kat tv pun x sempat tgk *nmpk sngt fokus btul melawat saudara mara rakan taulan =p*...okay, back to the main story......

refelksi atau kesan atau opinion kte after tgk movie ni.....alhamdulillah gift big impact n pengajaran tuk kte...utk orng lain x tau la ye...cte ni penuh dgn pengajaran yg secara tak langsung.... sesungguhnya kita xtau ape takdir kita utk esok, lusa dan akan datang....kita tak tau ape yang telah dirancang oleh Allah SWT tuk diri kita...tp yang pasti Allah SWT telah merancang sesuatu yg terbaik utk kita.....setiap seseorng itu ade kebahagiaan dan dugaan dia sendiri....dlm cite ni setiap watak memainkan peranannya.....mcm tu jgk kehidupan,.....seorang suami, isteri, ibu, bapa, anak, hamba Allah ade peranan masing2....mcm mana sekali pun dugaan Allah swt tu tuk kita, kita kena bnyk2 sabar dan berdoa mohon semoga Allah SWT kurniakan kekuatan...jgn terlalu cepat melatah....ingt! Allah SWT sentiasa bersama2 orng yang sabar..... dimana pengakhirannya akan menjanjikan kebahagiaan yang berkekalan.....berdoa lah sebanyak mungkin memohon kekuatan dan ketabahan hati.....maut, jodoh dan pertemuan semua adalah kerja Allah SWT....sesungguhnya dia tau mana yang terbaik tuk kita....sebaik mana atau seburuk mana pasangan kita tu....terimalah mereka seadanya....Allah kurniakan akal fikiran tuk kita pandai menghadapi setiap situasi utk wujudkan perasaan kasih, sayang dan cinta ant. satu sama lain.....hargailah suami atau isteri sementara mereka masih ada.....





seronok tgk watak mariam n ilyas masa kecik =)...dh la umi dia ayu raudhah...mcm sngt sesuai je.....lembut sopan n soooooo motherly =).....terlalu bnyk plak nk tulis....tp pape pun cite ni mmg good =)..... hope to b a great daughter to mama n babah, great wife to my hubby, great mum to my children and great daughter in law to my parents in law.....AMIN.........




sHy 2822