Skip to main content

~ s0me sweet Reminder t0 me as a women and all wives out there ~



Article: Utusan Malaysia 3 Nov 2011


DALAM apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.



"Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,'' ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.



"Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang."Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,'' ujarnya.Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.



Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.
Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain. Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.


"Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,'' ujarnya lagi.


Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka."Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian," jelasnya.



Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna."Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .



"Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya. Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.




"Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan," katanya.



Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya."Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,'' ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

~ Istikharah Perlu Mujahadah ~

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.. Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal. Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan. Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan d...

~ Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A? Encik A : Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank. Kaunselor : Ister pula? Encik A : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor :  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik A : Isteri yang sediakan sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan? Encik A :  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor :  Anak-anak encik A ke sekolah bagaimana? Encik A : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa? Encik A :  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tidak bekerja. Kaunselor :  Petang hari selepas Encik A balik rumah, apa yang Encik A lakukan? Encik A :  Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor :  Apa Isteri ...

~ A I R C O N D + K I P A S ~

Hai there.....here is d better place for me to let it out i guess.....coz klu share ngan orng pun x suma leh terima...people will say n interpret differently....bile menulis atleast trasa lepas drpd simpan then sakit sendiri....its already about 1 month "she" be in this office n until now i still cant accept the way she 'lead' the office....sebelum "she" yg lg atas msuk dulu pun rs xleh adapt jgk tp x lama dlm 2 weeks cmtu she (yg lg atas) dh bleh tune n sy bleh trima ckit2 cara kerja dia sbb she (yg lg ats) ni dh tune mind dia kot....tp she yg sorng ni yaAllah.....mmg kena bnyk sngt sabar...tp xtau nk sabar mcm mana dah....suma yg baru naik cuti dis week (3/9/12) mest la x rs pape pun kan...sbb dh cuti 2 weeks n ade pulak yg cover...mestla rs mcm msuk syurga je wlupun  hari 1st keje...... hmm, x salah nk terlalu teliti...x salah nak terlalu analatical sngt....tp kena la pd tempatnya..sy appreciate suma knowledge yg dia ada ngan pengalaman keje yg suma ...