Skip to main content

~ Melihat dEngan mAta ALLAH SWT ~

Info dari: www.iluvislam.com


Allah Maha Melihat. Melihat seluruhnya. Apabila mata Allah melihat, pasti tidak akan ada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah walau sekelumit zarah sekalipun yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Subhanallah...

Tetapi ciptaan yang bernama "insan" itu seringkali melihat dengan pandangan hati.

Andai hati itu bersih, pasti yang tersembunyi akan kelihatan berseri.

Tetapi andai hati itu banyak tompok dosa yang berkelompok, maka hasilnya tunggu dan lihat.

Saya pernah mendengar satu tazkirah yang pengisiannya sangat bermakna.

"Di hati seorang insan yang penuh dengan kebergantungannya pada Allah S.W.T itu pasti keputusannya juga sepenuhnya bergantung pada keputusan Allah."

Pilihan Allah adalah pilihannya, tetapi bagaimana kita tahu pilihan itu adalah pilihan Allah terhadap kita? Pada saya jawapannya adalah istikharah. Istikharah memohon petunjuk Allah S.W.T.

Pandanglah dengan pandangan Allah. Pandangan kebaikan untuk setiap ketentuan.

Apabila kita memandang setiap ketentuan Allah, setiap ujian Allah dan setiap pemberian Allah ke atas diri kita dengan pandangan yang penuh hikmah, pasti yang akan kita temui bukan noktah.

Tetapi kelembutan dan kasih sayang yang tidak pernah renggang, sungguhpun yang DIA berikan itu adalah kesakitan yang kita rasakan tidak akan pernah hilang.

Masa yang berlalu berbekalkan kesabaran akan membuka mata yang bersengkang untuk meminta kebenaran hikmah luas terbentang dan ketika itu, adakah masih mahu menentang? Atau megeluh panjang di atas segala nasib yang dikatakan malang?

Jangan, Allah itu Maha penyayang. Apabila Allah memberikan pasti pemberian itu ada kebaikan yang kemudiannya akan membuat kita tenang. Andai kesabaran menjadi tunjang dan berbaik sangka pada Allah yang selalu kita ingatkan.

"Insan" itu kejadiannya banyak kelemahan ujian datang untuk mendidik hati untuk beriman lembut menerima setiap pengajaran berfikir tentang kekuasaan DIA yang menciptakan.

Manusia itu tidak terlepas dari ujian yang menjadikan rapuhnya Iman, tersungkur ke tanah bagai tiada kekuatan untnk bangkit bertahan. Menimbulkan banyak persoalan, kenapa dan mengapa Allah memberikan kesakitan.

Namun apabila pertolongan Allah datang melalui teman, segala peringatan Allah disampaikan melalui peti suara insan, kembali kukuh, senyum menikmati hikmah kehidupan. Mengambil pelajaran dan pengajaran atas setiap pemberian.

Sesungguhnya ujian begini sangatlah ringan andai dibandingkan dengan mereka terdahulu yang berperang menegakkan kebenaran. Subhannallah.

Allah itu masih sayang dan sangat sayang kerana memberikan ujian. Ujian itu tandanya mata Allah, perhatian Allah masih pada kita, masih belum berpaling dari kita dan masih tidak jemu mahu mendidik kita agar sedar akan siapa diri kita, amal ibadah kita, dunia kita dan Akhirat kita kelak. Insya-Allah.

Wallahu'alam....

sHy 28

Comments

Popular posts from this blog

~ Istikharah Perlu Mujahadah ~

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.. Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal. Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan. Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan d...

~ Rawatan Mandi Susu Dapat Memutihkan Kulit ~

Sumber: Ohbulan.com Kebanyakan wanita yang bekerjaya,  tiada masa untuk memanjakan diri di Spa, terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat. Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa. Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita bekerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat. Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu, antaranya ia dapat mencerahkan serta melembutkan kulit. Disamping itu, rawatan ini juga dapat menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya. Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit. Jadi di sini, OHBULAN! ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah. Siapkan beberapa mangkuk susu. Anda boleh ...

~ A I R C O N D + K I P A S ~

Hai there.....here is d better place for me to let it out i guess.....coz klu share ngan orng pun x suma leh terima...people will say n interpret differently....bile menulis atleast trasa lepas drpd simpan then sakit sendiri....its already about 1 month "she" be in this office n until now i still cant accept the way she 'lead' the office....sebelum "she" yg lg atas msuk dulu pun rs xleh adapt jgk tp x lama dlm 2 weeks cmtu she (yg lg atas) dh bleh tune n sy bleh trima ckit2 cara kerja dia sbb she (yg lg ats) ni dh tune mind dia kot....tp she yg sorng ni yaAllah.....mmg kena bnyk sngt sabar...tp xtau nk sabar mcm mana dah....suma yg baru naik cuti dis week (3/9/12) mest la x rs pape pun kan...sbb dh cuti 2 weeks n ade pulak yg cover...mestla rs mcm msuk syurga je wlupun  hari 1st keje...... hmm, x salah nk terlalu teliti...x salah nak terlalu analatical sngt....tp kena la pd tempatnya..sy appreciate suma knowledge yg dia ada ngan pengalaman keje yg suma ...