Skip to main content

~ sELamAt hAri RaYa aIdilFitri ~



Fuh!! rasanya mcm dah sngt lama x meng 'update' blog neh....huhu......atas masalah2 'teknikal' la blog ni menyepi seketika dr biasa =).......huhu.....


Alhamdulillah, arini dah hari ke 23 kte berpuasa...... lagi 7 hari je kte akan menyambut hari kemenangan bagi semua umat Islam iaitu HARI RAYA AIDILFITRI.......mungkin bagi semua,....segala persiapan raya sudah pun dilakukan......huhu....sy je yg x wat pape preparation kot..huk3.....xtau la pasai pa......mayb sbb terlalu pk bnda lain kot ...huk3....

di bulan baik dan bulan mulia ni.....saya memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog saya secara langsung atau x langsung (bg yg tetba tersinggah)........sy hanya insan kerdil yg serba kekurangan yang masih mengharapkan redha Allah SWT dan kemaafan sesama insan bagi keberkatan hidup di dunia.... klu ade salah dan silap sy yang x sy ketahui sehingga mengguris hati mana2 pihak sy menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf........mana la tau dgn ayat2 atau catatan kat blog ni wat sesiapa terasa........sebagai hamba Allah yang serba kekurangan sy x pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa walaupun ape yg telah dilakukan amat menyakitkan hati ini....bagi sy ape yg terjadi adalah sebagai pengajaran dan petunjuk ats segala kesalahan kte seblum ini atau mungkin Allah menyayangi kte dengan menguji kte dengan pelbagai dugaan...mungkin dgn dugaan tersebut kte akan sentiasa berfikir dan sentiasa 'INGAT' kepada YANG MAHA KUASA DAN YANG MAHA PENYAYANG iaitu ALLAH SWT dan sentiasa mendekat diri pada NYA..sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui segalanya yang tersirat di dalam hati hambanya masing-masing.......Wallahua'lam.....

di hari raya nanti, di bulan yang mulia......pohon la ampun dan maaf sesama insan terutamanya kedua ibu bapa kte yang telah melahirkan dan membesarkan kte...hargai dan sayangilah insan yang kte sayang sementara mereka masih ada didunia ini.......kerana penyesalan di kemudian hari tidak berguna lagi sekiranya mereka telah tiada didunia....hanya DOA yang perlu dikirimkan bagi kesejahteraan mereka di sana kelak.....sentiasala mengakui kesilapan dan kesalahan sendiri untuk memupuk perasaan kasih dan sayang sesama insan atau pasangan......tidak berkurang ape pun jika kte mengakui kesalahan kte...malahan Allah SWT menjanjikan pahala dan ketenangan dalam hati kte....InsyaAllah...

Eh, rs nya sy dah melalut2 dah ni......hihi.....okla, b4 sy end up post kali ni sy ingin berkongsi dgn anda semua beberapa perkara yang patut dilakukan pada hari raya pertama =) atau adab2 menyambut AIDILFITRI:

1. wajib bayar zakat fitrah bermula matahari terbenam pada hari akhir Ramadhan (klu dh byr awl lg bagus =)....huhu )......bayar zakat ikut ketetapan amaun yg telah dittpkan di setiap negeri...tp lg bagus klu kte nk byr lebey ikut beras yg kte makan =)....

2. malam raya kan dah xde solat terawikh =)...amik kesempatan utk buat solat tasbih atau solat taubat utk memohon keampunan Allah SWT kerana seperti yang telah dimaklumkan malam hari raya Aidifitri adalah satu malam Allah SWT turunkan rahmatNya dan insyaAllah akan dimakbulkan segala doa yang dipohon........InsyaAllah....

3. Mandi sunat Aidilfitri dan solat hari raya Aidilfitri pada hari raya Aidilfitri.

4. Sunat makan dahulu juadah hari raya sebelum pergi menunaikan solat Aidilfitri.

5. Digalakkan untuk menunaikan solat hari raya Aidilfitri di masjid dgn memakai pakaian yang bersih, baru dan wangi (kerana menyambut hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan).

Wallahu'alam.....

sHy 28



Comments

Popular posts from this blog

~ Istikharah Perlu Mujahadah ~

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.. Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal. Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan. Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan d...

~ Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A? Encik A : Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank. Kaunselor : Ister pula? Encik A : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor :  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik A : Isteri yang sediakan sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan? Encik A :  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor :  Anak-anak encik A ke sekolah bagaimana? Encik A : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa? Encik A :  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tidak bekerja. Kaunselor :  Petang hari selepas Encik A balik rumah, apa yang Encik A lakukan? Encik A :  Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor :  Apa Isteri ...

~ iTs aLL ab0uT liFe ~

Selagi apa sahaja hidup bersama masa,maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia. Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya dan rumahtangga. Membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri sendiri,dari usia remaja menganjak ke usia dewasa. Kita belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa.Kita juga belajar mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia. Sama-sama kita pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria. Sama-sama juga kita menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa. Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata.Hidup mengajarkan pengalaman di luar silibus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana. 'aA+bB' adalah sebuah kisah perjalanan....