Skip to main content

~ j0d0H ~



Renungkanlah
sedalam-dalamnya.

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Wallahu'alam....

sHy 28

Comments

Popular posts from this blog

~ Istikharah Perlu Mujahadah ~

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.. Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal. Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan. Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan d...

~ Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A? Encik A : Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank. Kaunselor : Ister pula? Encik A : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor :  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik A : Isteri yang sediakan sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan? Encik A :  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor :  Anak-anak encik A ke sekolah bagaimana? Encik A : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa? Encik A :  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tidak bekerja. Kaunselor :  Petang hari selepas Encik A balik rumah, apa yang Encik A lakukan? Encik A :  Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor :  Apa Isteri ...

~ iTs aLL ab0uT liFe ~

Selagi apa sahaja hidup bersama masa,maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia. Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya dan rumahtangga. Membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri sendiri,dari usia remaja menganjak ke usia dewasa. Kita belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa.Kita juga belajar mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia. Sama-sama kita pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria. Sama-sama juga kita menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa. Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata.Hidup mengajarkan pengalaman di luar silibus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana. 'aA+bB' adalah sebuah kisah perjalanan....