Artikel: iluvislam.com Untuk peringatan buat diri sendiri, adik beradikku dan rakan2. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika. Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu bapa di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bayangkan kasih seorang ibu bapa, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur? Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu bapa pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu bapa kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu. Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya. Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut. Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seoran...
~~ DO ALL THINGS WIF LOVE ~~