Skip to main content

~ Kerana ADAM Adalah Pembela HAWA ~

Articles by: iluvislam.com


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.

Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.

Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?

Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?

Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?

Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?Atau..

Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon

tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?

Ini kah calon mu wahai Adam?


Ketahui ini wahai Adam,

Sungguhnya, perempuan itu manja.

Suka dibelai.

Suka dikasih.

Namun, Adam.Tahu apa erti batas pergaulan?

Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.

Kerana,

Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.

Bahawa perempuan itu membantu kamu.

Menghindar dari dosa.

Menjauh dari kehinaan.

Kerana perempuan itu fitnah dunia.

Perempuan itu fitnah bagi kamu.


Adam,Perempuan ini insan yang lemah.

Jangan kau cemar imannya.

Jangan kau rosakkan mujahadahnya.

Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.

Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.

Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.


Adam,

Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.

Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.

Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.

Ibu kepada bakal pejuang agama.

Doa buat mereka.

Doa buat dirimu.

Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
.................................


"Kerana Adam adalah pembela Hawa"


sHy 2822

Comments

Popular posts from this blog

~ Istikharah Perlu Mujahadah ~

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.. Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal. Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila 'warna sebenar' pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang 'reverse' ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan. Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya 'menggergaji abuk kayu'. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan d

~ Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik A? Encik A : Saya bekerja sebagai akauntan di sebuah bank. Kaunselor : Ister pula? Encik A : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor :  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik A : Isteri yang sediakan sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan? Encik A :  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi. Kaunselor :  Anak-anak encik A ke sekolah bagaimana? Encik A : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor :  Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa? Encik A :  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tidak bekerja. Kaunselor :  Petang hari selepas Encik A balik rumah, apa yang Encik A lakukan? Encik A :  Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja. Kaunselor :  Apa Isteri buat? Encik A :  Sediakan makanan, mel

~ iTs aLL ab0uT liFe ~

Selagi apa sahaja hidup bersama masa,maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia. Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya dan rumahtangga. Membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri sendiri,dari usia remaja menganjak ke usia dewasa. Kita belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa.Kita juga belajar mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia. Sama-sama kita pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria. Sama-sama juga kita menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa. Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata.Hidup mengajarkan pengalaman di luar silibus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana. 'aA+bB' adalah sebuah kisah perjalanan.